Janji.
Friday, April 12, 2013 @ 5:34 PM


Heyyyyyyyyy omey-omey semua. Panasnya, rasa nak bukak baju sambil update blog tapi tak nak lah. Terasa diri ni seksi seksa sangat. Hahaha okay lawak 18 tahun keatas. Adik-adik yang masih bersekolah tu sila jangan baca dan pergi buat homework sekarang *cehhh gurau je, baca lah blog 'Abang' ni, homework buat  last minute okay?* Kahkahkah. Nampak tak pelajar sahsiah terpuji ni bagi nasihat macam mana? Okay gurau je, jangan buat last minute okay. :) So, waddehel is 'Janji'? Oh sebelum start nak bercerita tentang janji, post ni tak ada kena mengena dengan Janji Ditepati  ye. Saya tak nak berpolitik dekat sini. *cewahhh, umur tak cukup sibuk cakap pasal politik* Okay. Saya nak cerita sikit pasal janji ni. Orang memang senang sangat berjanji. Tapi susah gila nak tepati. Ya, ianya satu fakta. Tapi bukan semua  orang macam itu ye, ada yang sentiasa tepati janji diorang. Okay nak cerita sikit pengalaman saya berjanji dan menunggu janji dengan kawan-kawan saya. Okay, ada lah budak sekolah ni janji nak jumpa tengok wayang, tapi tak datang-datang. Rasa marah+kecewa+geram semua ada. Rasa nak baling meja je. Tapi saya tak boleh lah nak perli ataupun marah dia, sebab saya pun pernah tak tepati janji, contohnya saya tak tepati janji nak keluar dengan budak cashier Parkson Megamall *padan muka, kahkahkah* . And satu lagi tak dapat keluar tengok wayang dengan Fahmi Arieef semalam. *Cedihhhhhhh, battery handphone punya pasal la ni. Bongok punya battery*. Actually, bila tak tepati janji ni rasa serba salah tahu tak? Tak boleh duduk diam sebab kita tahu perasaan orang yang kita berjanji tu macam mana *siapa yang pernah janji dengan orang lepas tu orang tu tak tunaikan boleh lah faham ye* . 

So ini sedikit sebanyak nasihat dari saya lah, walaupun orang tu tak tepati janji, janganlah kita pergi maki dia, putus kawan ke, putus cinta ke, hantar message "AKU MEMANG SUKA TUNGGU DEKAT SINI 2 JAM, TAK DATANG TERUS PUN TAK APA" <----- saya lah tu, hahaha* or whatever lah. KEMUNGKINAN mereka tu semua ada masalah, kerja, sibuk atau hal-hal lain dan t. Kita tak boleh fikir negative je. Jadi kita maafkanlah diorang ye. *kalau dah 4, 5, 6, kali tak tepati janji memang patut sumbat tayar lori balak dalam mulut diorang. Kahkahkah. Okay tolong jangan, gurau je, Lol* . Bagi orang yang suka membuat janji, kalau rasa tak boleh tepati tak payah gatal-gatal nak janji okay. Cubit karang. *Lol, gurau je k* . Oleh itu, janganlah kita suka berjanji-janji dengan orang. Ehem ehem, saya suka guna ayat, 'Tengok dulu ah. Tak sure. Tak janji.' . 

Ni muka sedih sebab tak jadi tengok wayang hari tu. *koya,  tayang muka. LOL. Jerawat+gelap* :p