Alamak! Kad Pengenalan Hilang :(
Wednesday, April 3, 2013 @ 1:03 PM


Hi awak-awak yang comel ni semua yang tengah baca post ni dengan muka macam ni (-___-) *lol, okay just kidding, tak kelakar pun* . Okay actually nak buat post ni ringkas, padat, sendat, ketat je. Baru-baru ni saya dah kehilangan wallet dekat Cool Blog Megamall Kuantan. *Cedihhhhhh*. Padan muka sebab cuai gila. Habis kad ATM, gambar inxtax film last day SPM pun hilang sekali dalam tu. Sebenarnya masuk ni dah kali ke 3 hilang. Ulang suara, KALI KE 3! Dan semestinyalah kalau nak buat kad pengenalan baru kena denda kan? $$$$$$$$$$$$ melayang :'( . Masa mula-mula hilang, memang rasa cuak gila sebab confirm beratus-ratus kena bayar. Saya ada buat research a.k.a kajian *cehhhhh, baca buku malas!*, okay saya dah banyak visit blog dan website yang berkenaan orang yang hilang IC dan sebagainya, mula-mula memang terkejut tengok harga hilang IC untuk kali ketiga RM 310.00 ! Terbeliak mata.

Okay, info dibawah ni di-copy daripada blog ni : Suara Simpang Kiri
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda kehilangan kad pengenalan? Lagi Mudah...cuma sediakan duitlah...!

* Borang Khas (Setengah muka sahaja yang perlu di isi)
Isi nama dan nombor kad pengenalan yang hilang, alamat....
Jika masih di bawah umur 18 tahun, tiada dikenakan denda....bayar RM 10 sahaja.
Tetapi....jika hilang kali kedua akan terus dikenakan denda RM 200 + RM 10 = RM 210

Jika hilang ketika umur 18 tahun ke atas, tetapi masih menuntut di intitusi pengajian, kolej, politeknik dan sebagainya, sila bawa kad pelajar atau surat tawaran masuk universiti, maktab, kolej anda itu.

Bayaran denda bagi golongan pelajar ini untuk kehilangan kali pertama ialah RM 60.00. Tapi ingat kali kehilangan kali kedua anda mungkin dikenakan denda RM 210 sebagai pengajaran. 

Jika anda bukan pelajar, dan umur 18 tahun ke atas....

  * Hilang kali pertama RM 100 + RM 10 = RM 110
  * Hilang kali kedua RM 200 + RM 10 = RM 210
  * Hilang kali ketiga RM 300 + RM 10 = RM 310
  * Hilang kali keempat dan seterusnya tetap RM 310.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terkejut bukan? Okay saya nak kongsikan sikit pengalaman buat kad pengenalan ( IC ) hari ni. *tak tipu okay* . 2013 saya belum masuk 18 tahun lagi memandangkan hari lahir saya jatuh pada 5 September . So, masa dekat kaunter tadi Kakak tu ada cakap memandangkan belum cukup umur, bayaran hanya RM 30.00 untuk hilang kali ke 3, ulang suara , KALI KE 3. *cehhh, cuai punya budak*. Alhamdulillah, memang nasib baik sangat tak kena beratus-ratus. Walaubagaimana pun anda harus lah menahan telinga dan tebalkan muka sebab kakak atau abang tu akan tanya macam mana boleh hilang dan menasihati anda supaya jaga IC dengan elok *seeloknya bagi parent pegang, mintak bila perlu sahaja* . By the way kakak dekat tempat ambik gambar tadi tanya "Awak ni jual IC ke apa?" "Tak lah, saya cuai" *dengan muka selamberrrr mengaku salah* . Hohoho. Proses buat IC MUNGKIN mengambil masa 2 minggu. Boleh check dekat website diorang. Apa-apa pun,gambar IC baru saya buruk gila. Dah lah gunting rambut semalam pendek sangat, muka jerawat, makin gemuk pulak tu. Siap nampak pusar rambut dekat depan!!!!! :( Haih. Tengok lah IC sementara ni haaaaa :



Okay tu je, adios ! By the way , twitter saya dah tukar nama , @Fuxmeh . Meh lah follow :p Kehkehkeh