S a k i t .
Tuesday, November 19, 2013 @ 8:52 PM


Semalam aku benci kau, aku sangat hampir berputus asa. Sangat hampir. Aku tak fikir panjang, mungkin semua status aku dan post-post aku semua ni sangat tak masuk akal. Aku jadi teruk. Aku bukan jahat. Aku cuma tertekan. Tertekan dengan semua yang menimpa aku. Aku cuma perlukan kawan baik aku. Tapi, kau tak ada. Sebab tu aku jatuh tersungkur, aku jadi liar. Tapi aku bukan jahat. Aku tak jahat. Aku cuma nak perhatian kau. Aku cuma nak masalah antara kita selesai. Tu je. Tak susah pun. Tapi aku rasa bodoh. Aku bodoh. Semua yang aku buat sangat bodoh. Aku rasa sangat tak layak untuk kau. Masa kau remove aku, aku tahan pedih dan sakit hati ni. Kau tak perasan, kau tak rasa perasaan aku. Kau tak tahu. Kau tak pernah tahu dan mungkin kau tak akan pernah tahu. Dengan perasaan marah, aku kumpul semua barang-barang memori aku dengan kau dalam satu bag, aku dah bernekad untuk pulangkan semuanya dekat kau. Aku fikir antara aku dengan kau dah tak ada apa-apa. Tapi, bila aku dengar Cikgu dengan Firdaus cakap kau selalu berseorangan, bersendirian, air mata aku hampir jatuh ke muka bumi. Dengan segala kekuatan yang aku ada aku cuba tahan. Aku cuba menafikan semua tu, tapi Cikgu dengan Firdaus cakap kau tak rapat, walaupun dengan kawan-kawan sekelas kau. Aku percaya cakap diorang. Kalau aku ada lagi dekat sekolah tu, sumpah aku akan sentiasa bersama dengan kau. Tapi malangnya aku dengan kau terlampau jauh. Jauh dihanyut memori dan masa. Tak ada sepatah perkataan pun yang aku keluarkan dari mulut aku untuk kau sepanjang hampir 11 bulan. Aku tak kisah walaupun kau buat aku sakit hati macam mana sekali pun, tapi aku akan selalu fikir pasal kau, aku akan selalu ada untuk kau. Biarpun kau tak tahu, tapi kau takkan keseorangan. Aku sentiasa ada untuk kau. Sentiasa. Biarlah apa orang anggap aku, aku cuma nak jadi seorang sahabat yang setia untuk kau. Aku cuba ikhlaskan diri aku untuk jadi kawan baik kau. Aku nak kau tahu, kau takkan keseorangan sebab diluar sana ada seorang yang sentiasa bersama kau, walau jauh mana sekalipun, walau tak bertentang mata, walau tak berkata-kata. Orang itu adalah aku, aku yang kau selalu sakiti. Aku yang pernah digelar sahabat baik. Aku yang kau bagi segala memori pahit dan manis. Aku yang sentiasa menjadi mangsa. Aku yang kau buang. Aku yang kau anggap musuh. Aku yang sentiasa ada untuk kau setiap masa......... Aku rindu kau.