Dear bestfriend, A F Q ♥
Wednesday, May 1, 2013 @ 10:03 PM


Pertama kali jumpa dia bila dia form 1.  Dulu sebenarnya saya sangat tak suka dan anti budak sesi petang! *bunyinya sangat kejam, tapi itulah kenyataan. Kenapa? Sebab saya rasa diorang sangat koya, lol, dulu lah* . Saya tak pernah pun ambik tahu tentang Afieq. Saya memang agak sombong dulu kerana tak suka berkawan dengan budak sesi petang walaupun dulu pernah masuk sesi petang. *booo* Kisahnya bermula macam ni. Afieq ni seorang librarian. Jadi, selalu lah nampak dia dekat library memandangkan saya merupakan senior dia. *senior lah sangat* Lama-kelamaan, selalu lepak, borak dengan dia. Dipendekkan cerita, tahun 2011, saya dengan Afieq jadi kawan *walaupun tak kisah dia budak sesi petang* . Dia selalu ikut arahan, suka lukis komik, anime tu semua. K, saya tak kisah pun tu semua sebab tak minat sangat melukis *ayat orang dengki sebab tak reti lukis, lol* Saya skip lah cerita-cerita permulaan waktu jumpa dia dulu semua tu. Oh, by the way waktu dinner 'A Night To Remember' 2010, saya tak pernah pun rasanya borak dengan dia, tapi perasan lah ada budak kaki bersimen pergi dinner. Hahaha :p Tahun 2012, saya dengan Afieq jadi semakin rapat. Ada satu hari, first time saya tak tersengaja buat dia menangis *Ha , ha , tak tahu, Fahmi buat. lol* Waktu tu rasa sangat takut sebab first time buat budak sekolah menengah menangis *kejadian masa  form 4*. Rasa macam nak terjun bangunan masa tu. Saya bab-bab nak pujuk memujuk memang sangat FAIL. Tak reti lah nak pujuk orang :( *Tapi saya suka orang pujuk saya walaupun takde orang pernah pujuk* Lol. Okay, masa tu saya ambik keputusan nak bagi surat je dekat dia. Semenjak dari hari saya hantar surat tu, kitorang jadi lagi rapat. 





---------- Post khas untuk Afieq ----------


^ First time bagi surat dekat orang. Malu gila.


Hmmm, Afieq, kau ingat tak dulu waktu kau teman aku pergi karaoke (Apple K, Megamall) , lepas tu kau kacau aku, aku pun keluar lepastu aku pergi duduk depan kedai Anakku. Kau pun ada message aku, lebih kurang macam ni "Sorry lah, kau kat mana? Meh lah sini." Aku pun reply, "Tak apa lah, kau pergi lah balik." Lepas tu kau reply "Aku tak nak balik, aku tunggu kau kat sini." Aku pun pergi lah balik dekat kau, siap cover muka tengah merajuk *rasa koya bila buat muka merajuk* . Lepas tu kau ingat tak kita selalu gaduh dekat Facebook? Haha, memang kelakar habis! Tiap-tiap kali aku on Facebook, bila aku ada waktu free, aku pergi wall kau, lepas tu aku baca post aku dengan status kau yang lama-lama :') 




+
+


Banyaklah status, comment, post yang aku baca, semuanya kelakar. Waktu tu kita baru rapat. Afieq, ingat tak malam yang aku first time tidur rumah kau? Aku rasa malam tu lah paling best sekali. Main X-Box, tengok Highschool Of The Dead, aku menyanyi sebelum tidur, macam-macam lah. Waktu tu kau post message dekat Facebook aku.


Hmm. 14 July 2012. Malam tu aku rasa aku dah mula percaya kat kau. Aku dah anggap kau bestfriend aku.  Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi tahu dekat kau. Jadi, aku pun diamkan diri. Afieq, kau ingat tak dulu waktu kita gaduh, lepastu aku call kau waktu malam, aku ada cakap ".....aku mintak maaf. Aku tak nak kita gaduh-gaduh. Aku rasa tak best sebab kau tak bercakap dengan aku......" Malam waktu aku call kau tu, aku dah perah segala keberanian aku nak call dan cakap macam tu. Tangan aku menggeletar, hati aku berdegup laju. Tu kali pertama aku call dan cakap macam tu dekat orang lain. Lepastu, ada satu hari kita gaduh, aku tak tegur kau, kau pun bagi surat dekat aku.

^ Aku tak bakar, aku simpan sampai sekarang. Kalau boleh sampai bila-bila aku nak simpan.

Masa tu, aku baca surat tu, aku rasa terharu sangat. Rasa macam nak menangis je. *sobs* Kau dah cakap macam-macam dalam surat kau tu. Antara yang kau tulis dalam surat tu yang buat aku terharu and mengalirkan air mata bila kau cakap :

".....I never meant to hurt you....." ".....bila aku mintak maaf, i mean it....." "......semua berpunca dari aku....." ".......S____ kurang cakap dengan kau sebab kau rapat dengan aku......" 

Tapi apa yang betul-betul banyak buat aku menangis bila aku baca yang ni, 

".......kita selalu gaduh tiap-tiap hari, tapi aku tak kisah sebab kalau tak gaduh, macam mana nak mintak maaf, rasa menyesal, marah, dan sakit........" "...........kau kawan yang paling baik yang aku pernah jumpa........" 

Bila aku baca part tu memang aku tak tahan. Aku sedih + terharu sampai 3 hari aku selsema sebab menangis sampai malam. *k, aku ni lembik :/*  Tapi sejak dari tu kita dah jadi bestfriend. Macam-macam kita buat sama-sama.

16 July, hari jadi kau, kita pergi dekat Megamall, depan kedai HomeFix, aku dengan kau gaduh , sampai tak bercakap. Sampai kau PMR. Aku nak kau tahu, walaupun aku tak jumpa, cakap dengan kau masa tu tapi aku tak pernah pun nak benci dekat kau. Aku still anggap kau bestfriend aku. Bermula dari tarikh tu, aku dah hilang kawan aku, kegembiraan aku, macam-macam yang buat aku rasa sangat sedih. Jadi aku pun bertekad untuk fokus untuk SPM, aku pun tak nak ganggu kau PMR. Aku pun terus diamkan diri. Tapi, jauh dalam sudut hati aku still nak pergi mintak maaf dengan kau, tapi aku tak berani. Masa tu kau pun tengah happy, ada girlfriend, kawan-kawan 'K-pop' kau tu. Memandangkan kau tengah happy, aku tak jadi nak pergi mintak maaf sebab kalau aku buat macam tu, aku hanya keruhkan keadaan. Tapi ada satu hari ni kau dah mula cakap dengan aku, tapi kita dah tak rapat macam dulu. Tiap-tiap malam aku fikir apa silap aku, macam mana aku nak betulkan keadaan. Aku dah tak happy macam dulu. Aku rasa aku tak nak cerita banyak-banyak, sebab kalau aku ingat balik, aku rasa sedih sebab macam-macam yang aku pendamkan dalam hati aku walaupun sebenarnya beribu lagi cerita yang aku nak coretkan dekat sini :(

2013, kita tak bercakap antara satu sama lain, tak jumpa, tak message, tak call. Kita selalu balas-balas status. Sebenarnya banyak status aku untuk kau. Aku tahu kau perasan semua tu. Aku selalu baca status-status kau.

^ Status ni buat aku rasa nak menangis. Sobs :(


^ Status yang ni sedih :(


^ Yang ni kalau tak silap yang aku tulis dalam phone kau dulu, Samsung Corby.

^ Yang ni aku tak tahu nak cakap apa ......... ayat terakhir buat aku tersentuh. :(

Lepas tu, kau ada like page aku dekat facebook, waktu tu aku happy gila siap ambik gambar. Tapi aku tak confident nak tegur/chat dengan kau :(




Lepas tu, ada satu hari tiba-tiba kau chatbox aku dekat Facebook. Aku pun terkejut + tak sangka + gelabah + panik + gembira tak tentu pasal, tapi aku buat-buat macam normal je.


Aku rasa haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappy gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa waktu tu. :')

Satu hari, aku online account twitter aku, lepas tu aku nampak kau follow aku. Aku pun macam :O , biar betul? :O Aku tak tahu aku ni ada dalam alam realiti ataupun mimpi.


Lepas tu, aku selalu stalk, aku tengok kau buat apa tu semua. *stalker nombor satu, lol* Lepas daripada tu, aku selalu tweet-tweet, kadang-kadang aku ada selitkan jugak tweet untuk kau, tapi aku tak mention lah nama kau waktu tu. Lepastu kita pun balas-balas tweet macam kita balas-balas dekat Facebook. Tapi tweet  yang paling aku rasa macam nak menangis bila baca bila kau tweet ni (14 February) :


Kalau boleh, aku nak tekan favorite dengan retweet berjuta-juta kali tweet kau tu. Tapi tak boleh. :/

Jadi, semenjak semua kejadian dekat atas ni, kau pun dah mula chatbox aku dekat Facebook, mention aku dekat Twitter. Bila tiap-tiap kali aku ada masa lapang, aku selalu tengok barang-barang yang kau pernah bagi dekat aku. 

 ^ Aku simpan lagi bekas + receipt waktu kau belanja Sakura McFizz sebelum aku dengan kau habis sekolah.

^ CD anime, drawing yang kau bagi dekat aku, surat kau, surat janji pasal wallet kau tu, semua aku simpan.

^ Aku selalu baca post kau yang ni :')


Nampak aku pelik kan sebab simpan semua barang-barang ni semua? Sebenarnya, aku tak kisah kalau orang nak cakap aku simpan barang pelik-pelik sebab semua barang yang aku simpan, semuanya bermakna bagi aku, semua barang-barang tu ada memorinya sendiri. Tiap-tiap kali bila aku tengok, baca balik semua barang-barang ni, aku rasa happy bila teringat semua kenangan yang aku lalui. 

Hmmmm, Afieq, aku tahu aku dah tak ada dekat sekolah tu, tapi aku tahu kau okay je sebab kau ada kawan-kawan 'K-pop' kau tu dengan kawan baik kau. Aku tahu diorang tak suka aku. Mungkin. Tapi aku tak kisahlah. Aku tahu perangai aku ni pelik sikit daripada orang lain. Tiap-tiap kali aku nampak kau dekat sekolah lepastu aku tak tegur, bukan sebab aku sombong, tapi aku tak nak kacau atau jumpa dengan kau waktu kau tengah lepak dengan kawan-kawan kau tu. Kebelakangan ni aku selalu pergi sekolah, kau cakap aku selalu cari Daus, sebenarnya aku nak cari kau jugak, tapi aku tak nak lah tiap-tiap kali aku pergi asyik cakap 'Nak jumpa Afieq, nak jumpa Afieq.' . Aku tahu kau sibuk, jadi aku tak nak kacau. Cukuplah walaupun aku nampak kau walaupun satu saat. Aku tahu kau ada macam-macam masalah dekat sekolah, dekat rumah. Aku tahu aku tak pernah pun tolong atau ambik tahu tentang masalah kau dekat sekolah ataupun rumah, memang aku tak layak pun jadi kawan baik kau sebenarnya. Aku tak hiraukan kau. Aku selalu tak fikir pasal perasaan kau tu semua. Aku tak nak ambik tahu bukan sebab aku tak kisah, aku cuma tak nak jadi beban atau punca kau sedih, sebab aku selalu tengok kau happy. Aku tak kisah kalau kau nak kongsi masalah atau apa-apa sekalipun. Tapi aku tahu, kau kuat. Sorry sebab aku tak boleh jadi contoh yang baik untuk kau, kadang-kadang aku terfikir baik aku jauhkan diri dari kau, tapi aku tak boleh sebab dalam fikiran aku kau tetap bestfriend aku. Secara jujurnya, aku tak tahu kau still anggap aku ni bestfriend kau lagi ataupun tak, aku keliru. Lepas ni aku nak pergi sambung belajar, mesti kita susah nak jumpa, susah nak keluar sama-sama, tapi aku tak kisah sebab ada Facebook, Twitter. Tu pun kalau kau online. Aku rasa bila aku pergi sambung belajar nanti, mesti kau makin lama makin lupakan aku. Aku harap kau tak lupakan aku. Apa-apa pun aku takkan lupakan kau. Aku selalu anggap kau bestfriend aku. Aku harap kita boleh jadi rapat balik macam dulu. :') x 




P/s : Sebenarnya dah lama aku nak bagi tahu, tapi aku tak berani. Aku dah perahkan segala keberanian aku untuk buat post ni.

 Even if i'm not here, i'll always care about you and always be there for you when you need me. I'll never leave my bestfriends behind because I love my bestfriends so much. Take care. :') x