Lelong lelong , air tebu .
Wednesday, May 18, 2011 @ 6:16 PM




*okay tajuk post ni tak sabit langsung :O



Baru lepas baca blog kawan aku yang bernama Raja Mohd Faiz . OK , kita kosong - kosong . Taknak dah gaduh gaduh . Kau cakap ade orang cakap aku lain ? Siapa ? Kalau MUSUH AKU tu kau tak payah dengar lah . Kalau orang lain pun kau tak payah dengar . Dia tu tak kenal aku , kenapa dia nak JUDGE aku pulak ? Ataupun dia nak jadi batu api ? Aku sama je macam dulu , serious aku tak berubah langsung . Aku kawan dengan set set Form 5 tu sebab aku nak cari ramai lagi kawan yang rapat . Lagi satu raje , aku TAK AKAN BERUBAH walau aku kawan dengan siapa siapa pun . Lagipun aku tau mana baik , mana buruk . Walaupun diorang tu perangai macam tu , aku tak pernah malu , sebab Tuhan dah jadikan diorang macam tu , dan aku sentiasa berdoa agar diorang satu hari nanti jadi macam orang lain . Kita tak sepatutnya buat tanggapan yang tak baik . Kita sepatutnya bagi sokongan supaya diorang slow slow berubah
bukan mengutuk ataupun caci diorang , dan aku rasa kita patut malu dengan kawan yang selalu ajak kita buat benda yang salah macam ponteng sekolah (bukan ponteng kelas macam kita , HAHA!) , hisap rokok , dan sebagainya . Walau apa apa pun diorang tetap kawan aku jugak . Macam kau , habeeb , amir dan lain lain . Lagipun dalam hidup ni , kita kena kawan dengan semua orang . Orang jahat , orang baik , orang pelik dan lain lain lagi . Baru hidup kita ni banyak pengalaman . Aku harap kau faham ape yang aku cuba buat sekarang . Tak salah nak kawan dengan sesiapa pun . Biarpun diorang tu bersikap macam mana sekali pun , diorang tetap manusia ciptaan Allah , kan kan kan :)

Aku pun nak mintak maaf dengan kau jugak . Aku tak nak hilang kawan yang bolok macam kau ni :') Lepasni tak payah lah nak kutuk/gaduh/sound/ dan lain lain lagi dah ok ? Peace :B

Walau apa pun , aku tetap Fahmi Nordin yang dulu . Cuma tahun ni aku selalu habiskan duit beli spec je :P (Bukan spec bus10 ok ==" )


Masa kita skype sama sama . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !


Friendship Never End :') - Anonymous Family :D


Bye

Labels: