Father's Day .
Sunday, June 19, 2011 @ 12:17 PM


***Sticky Post Special For Father's Day***

Seronok je tengok orang celebrate father's day . Seronok je tengok ayah diorang ambik and hantar diorang pergi sekolah . Seronok je bila holiday satu family ramai ramai . Tapi kenapa sesetengah tu tak menghargai bapa diorang ? Kenapa nak bersikap kasar dengan diorang ? Kenapa tak nak menghargai jasa diorang ? Korang patut bersyukur sebab ayah iaitu ketua keluarga korang masih ada di sisi korang . Tak macam aku , ayah aku tak duduk dengan mak aku sejak aku tadika . Ayah aku meninggal masa aku Darjah 2 . Aku sempat jumpa beberapa kali je ayah aku and pernah pergi Terengganu masa aku umur 4 tahun . Tu je kali terakhir aku pergi bercuti dengan mak and arwah ayah aku :'( Dulu pernah sekali je ayah aku ambik aku dekat sekolah masa Darjah 1 *sekolah petang* . Lepastu untuk kali kedua ,aku suruh ayah aku ambik , dia tak ambik . Semua budak dah balik masa tu , aku tunggu sampai pukul 7.00 pm ++ . Aku cuba call tapi dia tak angkat . Aku duduk sorang sorang dekat sekolah tu sambil menangis . Walaupun ayah aku tak datang , tapi aku tunggu je . Tak lama lepastu , hari pun dah nak malam , aku balik dekat rumah nenek aku . Nasib baik rumah nenek aku dekat dengan sekolah aku . Pak Cik saudara aku pun hantar aku balik rumah .

Masa aku Darjah 3 , aku pergi and balik sekolah naik van . Lepastu ada satu malam tu , saudara aku dari Kuala Lumpur call mak aku . Mak aku bangun and kejutkan aku dari tidur . Mak aku suruh bersiap untuk pakai baju . Mak aku menangis . Masa tu hati aku berdebar sangat sangat . Aku tanya dekat mak aku "Kenapa mak ? Kita nak pergi mana ?" . Mak aku sambil menangis and cakap "Abah dah tak ada . Abah pergi jauh . " Masa tu aku tak faham apa yang mak aku maksudkan . Aku dengan mak aku pun naik kereta . Lepastu aku sampai dekat hospital . Semua saudara and adik beradik arwah ayah aku ada . Masa tu aku tak faham apa yang sedang berlaku . Aku tengok semua orang menangis . Aku nampak kereta polis yang warna hitam beredar dari hospital tu . Atas kereta tu ada dua plastik yang berwarna hitam . Aku tak tahu tu apa . Lepastu semua saudara mara and adik beradik arwah ayah aku pergi beredar ke bilik mayat . Aku tertanya tanya kenapa kita nak pergi ke sana . Mak saudara aku cakap "Fahmi , abah dah pergi jauh ." Aku mula rasa tak sedap hati masa tu . Sampai dekat bilik mayat , mak aku dukung aku masuk dekat dalam sana . Aku nampak mayat arwah ayah aku . Aku menangis sekuat kuat hati aku . Mak aku cakap "Jangan menangis , abah dah tak ada ." Aku tak dapat tahan menangis sampai keesokan hari . Masa arwah ayah aku dikapankan , aku tengok semua cium arwah ayah aku . Tapi aku sorang je tak , sebab aku sedih sangat waktu tu . Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata kata . 23 March '03 . Itulah tarikh aku kehilangan seorang yang digelar Bapa . Setiap kali aku ingat kembali kisah kisah yang lama , air mata aku berlinang . Kesedihan tu aku boleh rasa sampai sekarang . Ramai orang yang tak ada bapa , so , hargailah ibu and bapa korang semasa diorang masih ada k ? :')


Ya Allah , tempatkanlah ayahku di tempat orang orang yang beriman . Amin .



Selamat Hari Bapa , Abah .

Labels: